Terjemahannya…
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai
yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun,
Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan
sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang
mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau
kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.
Kami
mohon kepadamu Al-’ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan
diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati
yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang
menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib.
Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan
goncangan yang keras.
‘Dan
(ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang dalam hatinya ada
penyakit berkata: “Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kita
kecuali tipuan.”‘
(Al Ahzab 33: 11-12)
Maka
teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana
Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah
menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan
besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin
kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang mana
kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit
dan segala kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan
untuk kami segala sesuatu, wahai yang di tanganNya kekuasaan segala
sesuatu.
Kaaf, Haa, Yaa, ‘Ain, Sod (3x)
Tolonglah
kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana
Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau
sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau
sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana
Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan
kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana
yang ada dalam ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah
rahmatMu dan angkatlah kami dengan pengangkatan kemuliaan bersama
keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun di akhirat,
sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Wahai
Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat
beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan
berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap
kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam
keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di
tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.
‘Dan
kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan penglihatan mata mereka,
lalu mereka berlumba-lumba menuju ke jalan tapi bagaimana mereka dapat
melihat?
Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di
tempat mereka berada, maka tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat
kembali.’
(Yasin 36: 66-67)
‘Yaa
Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau adalah seorang
Rasul… Dari para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai wahyu).
Yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar engkau
peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak mereka belum mendapat
peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah
berlaku atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh
telah Kami pasang belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka
termengadah. Dan Kami adakan di antara tangan-tangan mereka (di hadapan)
bendungan dan di belakang mereka bendungan (pula) dan Kami tutup
pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.’
(Yasin 36:1-9)
Seburuknya wajah-wajah (3 x)
‘Dan
sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang
Maha Berdiri sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang memikul
kezaliman.’
(Thaha 20:111)
Thaa Siin. Haa Miim. ‘Ain, Siin, Qaaf
‘Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan, masing-masing tiada berlawanan’
(Ar-Rahman 55: 19-20)
Haa Miim (7x)
Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan telah tiba, maka mereka atas kami takkan dimenangkan.
‘Haa
Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang Maha Perkasa, yang
Maha mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima Taubat lagi
amat keras hukumNya dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia,
kepadaNya tujuan kembali.”
(Al-Mukmin 40: 1-3)
Bismillah pintu bagi kami;
Tabaroka dinding perisai kami;
Yaa Siin atap menaungi kami;
Kaaf Haa Yaa ‘Ain Sod pencukup keperluan kami;
Haa Miim, ‘Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.
Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (3x)
Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;
Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;
Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.
‘Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah Al-Quran yang mulia… Yang termaktub dalam Loh Mahfudz’
(Al-Buruj 85: 20-22)
‘Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang dari orang-orang yang paling penyayang.’ (3x)
(Yusuf 12:64)
‘Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi para orang salih.’ (3x)
(Al-A’raf 7:196)
‘Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan pemilik Arash yang Agung’ (3x)
(Al-Bara’a 9:129)
Dengan
nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu akan membawa
malapetaka baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui… (3x)
Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung… (3x)
assalamualaikum. mohon ijazah untuk diamalkan, terima kasih
BalasHapus